Sekolah SMJK dan SMC Vernacular bantah belajar Bahasa Melayu
BAHASA Melayu merupakan bahasa utama di Malaysia di setiap sekolah kebangsaan perlulah melaksanakan pembelajaran ini di setiap kelas untuk mendidik anak bangsa akan terus mencintai Bahasa Melayu.
Namun lain pula bagi dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SM) dari Pulau Pinang ini membantah pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Lembaga sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah ini mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar dan enggan memasukkan anak ke dalam kelas pembelajaran itu.
Malah mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar bantahan ini dan perlu menghormati kehendak ibu bapa kembali ke program asal iaitu Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matametik.
Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng berkata, hampir semua ibu bapa di sekolah-sekolah tersebut menentang dasar ini dan enggan memasukkan anak-anak mereka ke dalam kelas yang
menggunakan Bahasa Melayu.
Malah katanya, dasar ini menimbulkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.
Jelas Hean Eng, dasar ini bertentangan dengan hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam
Sains serta Matematik, yang sepatutnya memperkukuh dan melengkapkan pelajar dengan lebih baik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta Pendidikan Teknikal dan Latihan
(TVET) untuk meneruskan matlamat ‘pelan induk industri baharu 2030’.
Walaupun hasrat kementerian adalah meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu, wakil Lembaga Sekolah dan PIBG berpendapat kementerian seharusnya lebih berusaha dalam membentuk semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji kaedah pengajarannya.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik mungkin memberi kesan buruk kepada pelajar yang sudah ‘lemah’ dalam Bahasa Melayu.
Sementara itu, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Perempuan Cina Pulau Pinang, Dr Goh Huck Keen berkata, ibu bapa memandang pengajaran dalam Bahasa Melayu sebagai satu bentuk hukuman paksa ke atas anak-anak mereka.
Meskipun kelas tersebut baru dimulakan tahun ini, ibu bapa secara berterusan membangkitkan isu itu dengan pihak pentadbir sekolah.
Situasi ini menimbulkan percanggahan besar di kalangan ibu bapa dan menuntut perhatian Kementerian
Pendidikan untuk memahami kehendak ibu bapa serta memastikan kesinambungan pendidikan pelajar di semua sekolah.
Artikle Berkaitan :>