Luar Negara

Sekelip mata bekas banduan jadi jutawan lepas keluar penjara

SEORANG lelaki menghabiskan hampir 10 tahun di penjara Amerika Syarikat selepas disabitkan secara salah atas tuduhan membunuh. 

Menurut BH, Juri Persekutuan di Chicago pada Isnin membuat keputusan memihak kepada Marcel Brown, 34, dan memberikan anugerah terbesar kepada seorang plaintif sabitan salah dalam sejarah AS, kata firma guaman, Loevy & Loevy, yang mewakilinya.

Brown ditangkap dan dihukum penjara selama 35 tahun selepas disabitkan sebagai rakan sejenayah dalam kes bunuh seorang lelaki berusia 19 tahun pada 2008.

Bagaimanapun, pada 2018, kes terhadapnya digugurkan dan dia dibebaskan selepas peguamnya mengemukakan bukti bahawa pengakuan itu diperoleh secara tidak sah.

Menurut Loevy & Loevy, ‘anggota polis Chicago mengunci (Brown) dalam bilik soal siasat selama lebih 30 jam, menyoalnya tanpa henti, menghalangnya daripada makan, menolak permintaan untuk membuat panggilan telefon dan menghalangnya daripada tidur’.

Selepas perbicaraan selama dua minggu di Chicago, juri sebulat suara bersetuju dengan pasukan pembelaan Brown ‘bahawa polis mendapatkan kenyataannya secara paksaan dan memalsukan bukti’, kata firma guaman itu dalam kenyataan mereka.

Juri menganugerahkan Brown AS$10 juta (RM43.26 juta) sebagai ganti rugi pampasan untuk tempoh antara penangkapannya dan sabitan, dan AS$40 juta (RM173 juta) sebagai ganti rugi untuk masa yang dihabiskannya di penjara dan selepas itu.

“Keadilan akhirnya dicapai untuk saya dan keluarga saya hari ini,” kata Brown di luar mahkamah.

Artikle Berkaitan :>

Wanita Thailand paling tinggi curang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button