Rencah Hidup

Sejauh mana persediaan Jabatan Penjara ?

Tiada kemaskini data

PENULIS HASYIR AFHAM meluangkan masa mengunjungi Penjara Kajang kebetulan keluarga banduan dibenarkan berjumpa pada hari ini.

Penulis tahu akan perkara ini menerusi media sosial Facebook tentang notis pengumuman sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berjalan sehingga Ogos ini.

Penulis sempat menyemak visi Jabatan Penjara Malaysia menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020, jadi cantik masanya untuk melakukan tinjauan.

Pengurusan ahli keluarga yang sudah melakukan tempahan diasingkan dengan tersusun rapi di bahagian luar balai pendaftaran. Menjelang pukul 9 pagi, keadaan agak tenang dalam sekitar 15-20 orang pada satu-satu masa.

Namun menjadi persoalan di mata penulis adalah bagaimana golongan tua dan tidak mempunyai akses internet boleh mengetahui lawatan pada hari ini perlu ditempah atau melalui i-visit?

Pada hemat penulis, Jabatan Penjara tidak cermat dalam menyimpan data ahli keluarga. Ini kerana menurut sumber, Siti (bukan nama sebenar) semasa PKP berjalan dan keluarga tidak dibenarkan melawat, mereka perlu membeli makanan secara dalam talian.

Timbul persoalan kedua apabila Siti tidak menerima sebarang makluman akan perkara itu.

Pelik dan hairan, adakah Sistem Maklumat Lawatan Banduan yang sudah diguna pakai tidak digunakan sebaiknya, sedangkan pelawat perlu menyatakan emel mereka setiap kali mendaftar.

Kenapa tidak disimpan segala maklumat berkaitan dalam sistem data supaya apabila hebahan hendak dilakukan boleh dimaklumkan segera apabila krisis seperti pandemik COVID-19 berlaku?

Adakah ini persediaan untuk menghadapi sebuah institut koreksional bertaraf dunia? Jauh panggang dari api gamaknya.

Harapnya penulisan ini, pegawai penjara janganlah cepat melatah kerana sekadar cuit-cuit manja supaya sistem segera diubah dan penjawat awam lebih sistematik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button