fbpx
Politik

PRK Chini: Bersatu bantu BN sebagai satu pasukan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membantu calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Shahrim Md. Zain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini.

Kedua-dua parti itu dikatakan akan berganding bahu berkempen menyokong calon berkenaan sebagai satu pasukan iaitu Perikatan Nasional (PN).

PRK Chini merupakan indikasi pertama bagi PN dalam menguji kebersamaan permuafakatannya sejak Bersatu menjadi kerajaan dan membawa UMNO dan Pas menyertainya.

“Saya kira untuk calon BN kita semua dalam PN akan membantu. Kita satu pasukan.

“Bukan saya sahaja, saya rasa semua sahaja yang dalam PN akan turun membantu.”


BACA > Bantuan elektrik kepada rakyat: Najib balas Bee Yin — Suara Merdeka

Demikian kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah mengulas kerjasama PN yang pertama akan dilihat dan dinilai dalam PRK Chini.

Beliau juga menzahirkan keyakinan, kesemua pemimpin dalam Bersatu akan turun padang di Chini bagi menyokong calon BN dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai tiga calon termasuk Mohd. Shahrim akan bertanding dalam PRK Chini.

Dua calon lagi bertanding atas tiket bebas iaitu, Datuk Tengku Zainal Hisham Tengku Hussin dan Mohd. Shukri Mohd. Ramli.

Oleh demikian, PRK Chini akan menyaksikan persaingan tiga penjuru pada 30 Jun hari undian awal dan 4 Julai bagi undian umum.

BACA > Singapura sedia bekerja dengan Malaysia tarik balik sekatan sempadan — Suara Merdeka

Bagaimanapun, persaingan ini dilihat memberi kelebihan kepada Mohd. Shahrim.

Kerana selain gabungan dalam PN, beliau juga bakal mendapat sokongan daripada Pas dalam Muafakat Nasional.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza Zulkipli mengumumkan senarai calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) disini pada pukul 10.30 pagi.

Terdahulu, kerusi DUN Chini diisytihar kosong selepas penyandangnnya Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia akibat serangan jantung.

BACA > ADUN PKR saran parti keluar dari Kerajaan PP demi maruah — Suara Merdeka

Beliau meninggal dunia  selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button