Nasional

Sejam tahan azab, anak panah melekat di kaki

GARA-GARA memanah ikan di Sungai Dap di Kanowit, Sarawak, seorang lelaki terpaksa menahan azab kira-kira sejak apabila anak panah yang digunakan tertembak ke kakinya.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada pukul jam 11.30 malam  ketika lelaki berusia 32 tahun itu sedang menangkap ikan menggunakan panak.

Namun panah yang dilepaskan melantun lalu tertusuk ke kaki kanan.

Ekoran itu anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah dihubungi untuk membantu dan enam anggota telah ke Hospital Kanowit sejurus menerima panggilan berhubung kejadian.

 

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati mangsa sedang mengerang kesakitan akibat kakinya tertusuk mata anak panah berkenaan,” kata jurucakap balai bomba Kanowit.

Beliau memberitahu, bomba bertindak memotong anak panah dengan menggunakan pemotong khas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button