Sedih melihat Singa Afrika sakit tua di Zoo Melaka
Raja Rimba itu menginjak umur 27 tahun menyamai 81 tahun umur manusia
“KITA suruh bagi makan dengan daging segar setiap hari (dia) tetap tak nak makan.”
Itu kata seorang zookeeper ketika ditemui wartawan Suara Merdeka di Zoo Melaka ketika orang ramai tidak melepaskan peluang membawa keluarga mengunjungi zoo yang menempatkan lebih 50 jenis binatang itu.
Menurut Ayie (bukan nama sebenar) Singa Afrika atau nama saintifiknya, African Lion menghidap penyakit jangkitan kulat sehingga menyebabkan raja rimba itu tidak bermaya dan kelihatan uzur.
Haiwan karnivor yang menginjak usia 27 tahun (menyamai umur manusia 81 tahun) itu tidak mempunyai antibodi yang kuat walaupun kerap menjalani pemeriksaan veterinar selain kebajikan yang sentiasa dikawal rapi.
Jangka hayat binatang itu adalah antara 25 hingga 30 tahun dan pada bila-bila masa, haiwan nocturnal (aktif pada waktu malam) itu boleh mati.
Menurut pengunjung Zoo Melaka, Syafiqah, 27, dia berasa sedih memikirkan nasib yang menimpa haiwan tersebut.
“Saya terkejut tengok singa itu gelap, kurus dan nampak macam sakit. Yalah, anak-anak teruja bila dapat tengok haiwan tapi lain pula berlaku hari ini,” tutur ibu lima anak itu.
Bagi Perunding Kewangan, Jamalul Kamil, 31, dia bersyukur kerana harga tiket murah dan tidak membebankan membawa seisi keluarga ke Zoo Melaka di hujung minggu.
Jelasnya, walaupun Singa Afrika itu tidak bermaya namun mereka sekeluarga tetap gembira kerana dapat memberi makanan dan berinterkasi dengan haiwan-haiwan lain.
Fakta:
-African Lion
-15-25 tahun
-Karnivor, antelop lembu kerbau, kuda belang
-Pembiakan tempoh 100-110 hari
-Aktif pada waktu malam (nocturnal) – SM