Politik

“Saya tidak jual nama Najib” – Noh

*MENJAWAB KENYATAAN PUAD ZARKASHI.*

Noh Omar Masuk BERSATU kerana Najib.
5 Julai 2024.

1. Bagi menjawab Kenyataan sahabat saya Puad Zarkashi mengenai kemasukkan saya ke dalam parti BERSATU, sukacita saya menjawab begini.

Puad kata, saya sanggup jual nama Najib Razak untuk lompat parti.

Puad juga kata saya masuk BERSATU kerana mengidam mahu jadi Calon kerusi Parlimen Tg. Karang.

2. Pertama, Puad ini dah lupa ke apa ?

Bila pula saya melompat parti ? Saya bukan lagi ahli UMNO dan saya sebelum ini tidak menganggotai mana-mana parti politik atas nasihat Bossku semasa berjumpa beliau di mahkamah minta saya bersabar .

Oleh itu, saya bebas untuk memilih mana-mana parti.

Saya memilih parti BERSATU kerana saya dapati wadah perjuangan parti ini, adalah wadah perjuangan untuk orang-orang Melayu seperti perjuangan UMNO asal yg kini dah jadi UMDAP.

PN pula boleh ganti BN yg hidup segan mati tak mahu.

3. Saya tidak jual nama Dato’ Sri Najib Razak untuk masuk parti BERSATU.

Isu Adendum Najib merupakan antara perkara yang mengecewakan saya terhadap UMNO.

Saya sudah lama kecewa dengan UMNO. UMNO tetap tidak berubah. Tambahan pula didalam Isu Adendum ini, Dato’ Sri Najib Razak sekali lagi terperdaya dengan drama dan wayang dari rakan-rakan disekeliling beliau.

Mustahil Menteri-Menteri UMNO tidak tahu samada addendum itu wujud ataupun tidak.

4. Saya juga ingin tanya Puad, apakah hasil Majlis Tertinggi UMNO Malaysia membincangkan perkara Isu Adendem dan pembebasan Najib ini di Mesyuarat MT ?

(a). Mana pergi gerakan meminta tanda-tangan sokongan kepada Najib, untuk diserahkan kepada YDP Agong ? Sudah lupa Puad ?

(b). MT juga pernah buat keputusan untuk pimpinan UMNO mengadap YDPA untuk membebaskan Bossku.
Semasa MT buat keputusan ini adakah Puad bersetuju ataupun adakah Puad berani cadangkan sepatutnya jangan melibatkan YDPA tetapi sebaliknya pimpinan UMNO hendaklah pergi mengadap PMX dan Lembaga Pengampunan.

Keputusan MT hanya utk main wayang sahaja.

(c). Sebagai ahli MT adakah Puad tahu addendum YDPA utk menyambung penahanan Bossku dirumah wujud atau tidak.

5. Mengapa Kerajaan Madani tidak mahu mengesahkan samada adendum YDPA wujud ataupun tidak, sedangkan ia melibatkan kuasa YDPA dalam Perlembagaan Negara.

Saya yakin jika bertukar Kerajaan isu addendum ini akan terbongkar samada wujud atau tidak.

6. Puad kata saya mengidam mahu jadi Calon Tg. Karang ?

Sekiranya saya mahu jadi Calon, pada PRU ke 15 dan Pilihanraya Negeri Selangor, saya telah pun ditawarkan untuk bertanding tetapi saya tolak.

7. Puad kata saya beri Low Class punya alasan.

Yang sebenarnya tanpa Puad sedari, Puad adalah seorang Speaker DUN yang *LOW CLASS.*

By Convention, di Parlimen Westminster, United Kingdom ataupun dimana-mana Parlimen di Negara Commonwealth, apabila seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Speaker House of Commons atau Speaker Negara berkenaan.

Maka Speaker yang telah dilantik, tidak lagi mencampuri urusan isu-isu politik ke partian.

Speaker mesti neutral dan impartial, tidak memihak kemana-mana pihak.

Apa yang sering Puad buat ialah, mencampuri Urusan Politik Parti setiap hari dengan komen-komen yang kadang-kala dilihat lucu dan menghiburkan, demi agar Puad dapat merasakan dirinya dilihat terus relevant di arus Politik Perdana Negara.

Berkemungkinan Puad masih lagi mengidam mahu jadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan satu hari nanti.

8. Yang akhir, Saya hendak tanya sebagai Speaker DUN Johor adakah Puad bersetuju dengan keputusan Speaker DUN Kelantan mengistiharkan PRK di DUN Nenggiri, Kelantan.

*TAN SRI NOH OMAR.*

*SEKIAN.*

SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button