“Saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri.”- Tan Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Bekas menteri, Tan Sri Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, tidak mahu meletakkan diri setaraf dengan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini pernah mengugutnya untuk membayar hutang bernilai jutaan ringgit.
“I don’t want to go down to their level (Saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).” Katanya.
Jelasnya lagi perkara ini sudah diserahkan kepada peguam berkenaan ugutan dari usahawan tersebut.
“Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara ini”.
Terdahulu Aliff Syukri memuat naik perkongsian melalui media sosial meminta Abdul Kadir untuk membayar jutaan ringgit yang sudah empat tahun tertunggak.
Penyanyi Abang Nak Tegur itu juga turut menyertakan sekali tangkapan layar mesej yang dihantar kepada bekas menteri berkenaan namun tidak diendahkan walaupun sudah dibaca.
Artikle Berkaitan :>
Walaupun dikecam berkali-kali, Aliff Syukri tidak serik menyanyi lagi