Hiburan

Walaupun dikecam berkali-kali, Aliff Syukri tidak serik menyanyi lagi

USAHAWAN terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mengejutkan netizen apabila bakal mengeluarkan lagu terbaharu bersama penyanyi rap, Caprice.

Walaupun sebelum ini mereka berdua mempunyai salah faham namun menurut Aliff, dia tolak ke tepi tentang isu peribadi antara mereka dahulu.

“Saya anggap perkara ini untuk kerja walaupun sebelum ini Caprice pernah sindir saya.

“Saya terima tawaran ini secara profesional untuk menjayakan lagu terbaru kami akan datang,” katanya dalam satu kenyataan dari portal Mstar.

Menerusi hantaran media sosial, Aliff turut berkongsi satu video, di mana dia sedang merakam lagu terbaru.

Aliff juga yakin bahawa dia berkebolehan menyanyi namun tidak boleh menghalang mana-mana netizen untuk kecam kerana bagi dirinya menyanyi ini adalah hobinya.

Untuk lagu ini adalah menyampaikan mesej kepada orang ramai dan pada kali ini Aliff lebih berhati-hati kerana mahu menjaga hati netizen memandang kes vedio sebelum ini masih berjalan di mahkamah.

Artikel berkaitan > Datuk Jamal Abdillah sedia berduet bersama Datuk Aliff Syukri

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button