Politik

Saya percaya kebijaksanaan ahli dalam Pemilihan PKR 2022 – Fahmi

AHLI parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata beliau meletakan kepercayaan terhadap kebijaksanaan perwakilan ahli parti daripada bergantung kepada strategi “cai” atau kem dalam usahanya merebut jawatan Naib Presiden pada Pemilihan PKR 2022.

Beliau berkata sistem “cai” belum dapat memastikan keberkesanannya kerana pada akhirnya ia bergantung kepada penilaian ahli PKR itu sendiri untuk memilih calon yang mereka rasa layak untuk memegang jawatan yang dipertandingkan.

Baca artikel ini > Debat Perdana Najib-Anwar 12 Mei depan

“Ini yang baiknya satu ahli, satu undi. Kerana pada akhirnya, pemilihan itu bergantung kepada penilaian ahli terhadap mana-mana satu pimpinan dan sebenarnya sistem ‘cai’ ini lebih kepada sekiranya tokoh-tokoh (calon) itu mungkin kurang dikenali atau senarai (calon) itu panjang…” ujar beliau lagi.

Pengarah komunikasi PKR itu berkata demikian pada sidang media ‘Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak’ semalam. Turut hadir Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button