Nasional

“Saya nak di Kuala Lumpur ini, tempat gerai-gerai itu diindahkan,” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu gerai-gerai yang ada dalam Kuala Lumpur dibersih dan diindahkan demi manfaat penjaja, pengunjung dan sektor ekonomi atau pelancongan.

Baginya sebelum ini, kebanyakan lokasi yang diangkat adalah lebih kepada gedung besar atau menara tinggi dan sebagainya namun bagi Anwar, perkara itu seperti tidak mesra rakyat.

Sehubungan itu selepas bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anwar memberi tempoh selama tiga bulan kepada agensi itu untuk membentangkan rencana penambah baikan.

“Jangan jawab tak boleh, wang tak ada, tempat tak ada, saya tak terima itu, saya mahu jawapan.. Jumlahnya besar, puluh ribu penjaja, buat yang bersih dan baik,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button