Hiburan

Saya kurus bukan sebab hisap dadah

VOKALIS kumpulan Floor88, Ayie menafikan dia mengambil sebarang bahan terlarang hingga membuatkan tubuhnya badannya menjadi kurus.

Penafian itu dilakukan Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, selepas ada yang mengatakan dia terlibat dengan najis dadah.

Komen-komen tersebut kebanyakannya dikeluarkan di aplikasi YouTube dan di akaun media sosial yang lain.

Bagi penyanyi lagu Yang Benar itu, dia sedikit pun tidak ambil kisah atau berkecil hati dengan komen-komen berkaitan dadah pada dirinya.

“Saya tak kisah atau kecil hati sebab memang saya tidak pernah mengambil atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan dadah.

“Saya sendiri pun dah berusaha untuk menambahkan berat badan melalui pengambilan makanan yang banyak dan vitamin tetapi fizikal badan masih saya,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka semalam.

Menurut Ayie lagi, komen berkaitan dadah ini sudah diluahkan sejak pembabitan awal dia dan bersama Floor88 dalam industri seni lagi.

Untuk membuktikan yang dia tidak terlibat dengan dadah, Ayie bersama Floor88 sendiri telah berjumpa dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menjalinkan kerjasama.

“Kami sendiri rela bekerjasama dengan AADK semata-mata untuk buktikan yang saya atau atau ahli Floor88 sememangnya bebas daripada dadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ayie berkata dia akan terlibat dalam telefilem Rock Sampai Jannah terbitan Khalisya Consultant Sdn. Bhd. yang dijangka ditayangkan pada Aidiladha tahun hadapan.

Tambahnya, telefilem itu yang diarahkan Datuk Jurey Latiff Rosli itu akan menjalani pengambaran pada bulan Oktober depan dan dia memegang watak utama dalam telefilem itu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button