Nasional

Anwar-Zahid Hamidi tidak berhubungan baik masa lalu

Kini bekerja dengan baik untuk negara

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau mempunyai sejarah “bermusuhan” dengan timbalannya hari ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetapi sekarang mereka telah mengenepikan perbezaanuntuk mentadbir negara.

Anwar yang menjadi PM Ke-10 pada November tahun lepas berkata, beliau secara peribadi merasakan semangat berpasukan yang kuat dengan Zahid dan rakan-rakan mereka walau pun dari pelbagai latar belakang.

“Memang ada sejarah pertikaian, pertembungan idea dan pergaduhan besar terutama dengan TPM di sebelah kanan saya (Zahid). Tetapi Alhamdullilah tidak dapat dinafikan kesatuan pemikiran dan keazaman (antara kita) wujud.

“Ini tidak boleh dinafikan. Ini fakta. Kami bekerja sebagai satu pasukan untuk menyelamatkan negara dan menegakkan konsep Madani,” kata Anwar semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini.

Bulan lalu, Anwar telah melancarkan konsep Madani sebagai usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena global. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button