Mahkamah

Saya bersaksi kepada Allah – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa sebagai penganut Islam beliau tidak meminta, merancang atau ditawarkan wang berjumlah RM42 juta.

Justeru Ahli Parlimen Pekan itu sebentar tadi mengemukakan rayuan meminta agar hukumannya diringankan.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu. Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” kata Najib dari kadang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button