Nasional

Satu resolusi diperlukan perkukuh industri kewartawanan – Annuar

Sebuah resolusi perlu ada bagi menyatukan semua wartawan di seluruh negara di bawah payung besar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai pertubuhan perlu digabungkan supaya ia lebih kuat dan dihormati serta didengar.

Justeru Annuar menawarkan kerjasama kementerian untuk membantu dari aspek kerajaan.

Beliau juga menyentuh isu media terpaksa berkubur apabila berlaku perubahan politik.

Media harus kekal walau apa perubahan kepimpinan dan kerajaan memerintah, katanya.

”Media tidak harus ditalkin bila berlaku perubahan politik,” katanya berucap pada sambutan Hari Wartawan Nasional di Melaka, hari ini.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button