Nasional

Sarawak catat 3 kematian, 148 kes baharu Covid-19

TIGA lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Sarawak hari ini dengan kes positif baharu yang dilaporkan ialah 148.

Kematian yang berlaku hari ini masing-masing satu di Kuching, Sibu dan Miri.

Menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin, kes kematian pertama hari ini adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun di Kuching yang mempunyai ko-morbid penyakit jantung dengan sejarah kemasukan ke hospital pada tahun lalu kerana darah tinggi dan dislipidemia.

“Kes Kematian kedua pula membabitkan seorang wanita tempatan berumur 59 tahun yang dimasukkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakit kanser sel darah putih.

“Kes kematian ketiga pula adalah seorang wanita tempatan berumur 74 yang mendapatkan rawatan di Hospital Sibu apabila saringan bagi kontak rapat dengan kaedah ujian rT-PCR adalah positif,” katanya dalam kenyataan.

Untuk kes baharu katanya, dengan 148 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 4,824 kes.

Sibu mencatat jumlah tertinggi dengan 48 kes, Bintulu (15), Dalat (15), Beluru (14), Miri (12), Kapit (lapan), Kanowit (lapan), Sebauh (tujuh), Song (tujuh), Sri Aman (lima), Bau (tiga) dan masing-masing satu kes di Kuching, Lundu, Tatau, Subis, Selangau dan Sarikei.

Sbanyak 12 kluster yang masih aktif di Sarawak dengan Kluster Pasai terus mencatat peningkatan dengan 2,050 kes positif. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button