NasionalParlimen

Sara hidup: RM64 bilion berbentuk subsidi, bantuan, insentif

Kerajaan mengumumkan peruntukan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif sebagai usaha mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah besar dana ini untuk mengurangkan kos sara hidup ini adalah melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.

“Ini kerana sejak awal mengemudi pentadbiran negara, isu utama yang diberi perhatian ialah kos sara hidup rakyat,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button