Nasionalpilihan

SAR tidak putus asa teruskan pencarian

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota tentera yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan semalam diteruskan pada pukul 7.00 pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, tumpuan kawasan pencarian dipecahkan kepada empat sektor bagi aset di laut dan satu sektor bagi aset di udara.

Menurutnya, dengan menggunakan enam aset yang terdiri daripada lima aset laut dan satu aset udara dengan kekuatan 189 anggota dari pelbagai agensi.

“Pencarian hari keenam ini akan lebih tertumpu menggunakan sonar oleh Tim Ukur Medan dari Cawangan Operasi dan Persempadan PHN.

“ATM menggunakan khidmat Pasukan Selam Peperangan Khusus (PULPAK) untuk membantu selaman bagi pengesanan sonar yang berpotensi tinggi.

“Setakat pukul 10.00 pagi tadi ada beberapa spot potensi dikesan sonar. Selaman turut dilakukan namun tiada petunjuk baru ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Iskandar, pengesanan sonar digunakan kerana ada kemungkinan mangsa mungkin berada di dasar laut berdasarkan pemberat di badan mangsa sekitar antara 2 atau 3 kilogram (kg).

“Kebiasaannya mangsa yang lemas akan timbul dalam tempoh 24 jam kalau ada pemberat dia mungkin timbul tetapi tidak sampai ke permukaan air,” ujarnya.

Katanya, sehingga pukul 4.00 petang ini tidak ada sebarang petunjuk ditemui oleh agensi yang terlibat dalam SAR. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button