Rencah Hidup

Sanggup belajar di tepi kubur, bawah rimbunan pohon, asalkan sekolah

Tiada laptop,smartphone, internet-tiada kelas online

PENDEMIK Covid-19 tidak memilih bulu. Seluruh dunia menerima kesan gara-gara wabak coronavirus termasuk negara jiran, Indonesia. Disebabkan wabak Covid-19 inilah maka seluruh sekolah di Indonesia melakukan tindakan yang sama drastik sebagai langkah pencegahan dan mengekang penularan virus dalam kalangan para pelajar sekolah.

Bagi keluarga yang hidupnya senang, mereka boleh menyediakan komputer riba atau laptop, telefon pintar (smartphone) dan kouta internet untuk anak-anak yang mengikuti kelas secara dalam talian atau online. Tidak ada masalah.

Tetapi bagaimanakah pula dengan mereka yang datangnya dari keluarga yang susah, tidak berkemampuan untuk menyediakan gajet-gajet yang disebut tadi sebagai alternatif pembelajaran menerusi online?

Kisah yang dicatatkan ini berlaku di daerah Alak Kota Kupang. Di sebuah sekolah rendah, SDN1 Naioni, anak-anak muridnya berasal dari keluarga miskin. Dalam erti kata mudah untuk pemahaman rakyat Indonesia, para pelajar di SDN 1 Naioni rata-ratanya berasal dari keluarga dengan keterbatasan ekonomi.

Jurang kemiskinan amat ketara di daerah ini. Jangankan untuk membeli telefon pintar atau smart phone, untuk makan pun menjadi satu masalah besar dalam situasi dilanda Covid-19.

Jika rakan-rakan sebaya anak-anak pelajar ini dapat mengikuti kelas seperti biasa kerana ada kelengkapan peralatan yang diperlukan, anak-anak di daerah Alak Kota Kupang pula hanya mampu berharap agar pihak sekolah dapat mencari jalan penyelesaian untuk mereka yang keluarganya tidak mampu menyediakan telefon pintar dan sebagainya supaya mereka tidak terus tercicir atau ketinggalan dalam pelajaran.

Guru Besar Sekolah SDN 1 Naioni, Marselinus Juang bersama-sama dengan para guru, menyiasat keadaan kehidupan anak-anak yang miskin dan membuat kelompok belajar dengan membuka sekolah terbuka dalam lingkungan kawasan tempat tinggal para pelajar.

Pengendalian kelas di bawah rimbunan pohon atau dibawah pondok di tepi perkuburan keluarga dilakukan. Kaedah mengajar dan belajar dibuat semudah yang mungkin tetapi dengan menjaga penjarakan sosial di antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.

Walaupun anak-anak murid duduk belajar di bawah pokok atau pondok tepi tanah perkuburan, prosedur operasi standard (SOP) tetap dijaga termasuk memakai pelitup muka atau face mask.

Tiga kali seminggu, anak-anak ini akan berada di kelas dan semangat untuk belajar dalam kalangan anak-anak miskin di daerah ini tidak pernah luntur. Mereka memperlihatkan semangat untuk belajar dan hadir ke kelas. Asalkan dapat belajar, anak-anak ini gembira.

Walaupun para guru terpaksa berhadapan dengan masalah mengajar di luar kelas atau normal kelaziman termasuk memastikan hand sanitizer disedakan dan SOP dipatuhi, namun itu tidak mematahkan semangat jiwa pendidik untuk mendidik anak bangsanya.

Alangkah beruntungnya mereka yang mampu pergi ke sekolah hari ini dalam keadaan selesa dan menjaga SOP. Beruntung juga ketika anak-anak duduk di rumah dan mengikuti kelas secara online kerana keluarga mampu menyediakan laptop, smartphone dan line internet atau kuota internet yang kuat.

Semua itu menyenangkan dan jika itu juga tidak lahir ucapan syukur, apakah agaknya gambaran yang boleh diberikan kepada mereka yang tidak tahu menghargai kehidupan yang lebih daripada mencukupi.

Demi menuntut ilmu, anak-anak di daerah Alak Kota Kupang, SDN 1 Naioni sanggup belajar di bawah rimbunan pohon dan pondok kubur.

Bertabahlah para guru SDN 1 Naioni yang sanggup mengajar anak-anak murid dalam keadaan serba kekurangan dan tanpa mengetahui, bilakah agaknya sekolah akan dibuka seperti biasa gara-gara Covid-19. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button