Nasional

WTC teroka pelan perniagaan baharu

SEIRING dengan prosedur operasi standard (SOP) yang disaran kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menerokai sistem hibrid dalam pelan perniagaan.

Pelan perniagaan itu akan menggabungkan elemen dalam talian dan konvensional.

Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik Pertubuhan Perdagangan Dunia, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, penerokaan itu akan membolehkan aktiviti -aktiviti ekonomi seperti seminar, kursus pendek dan latihan dapat dilakukan.

BACA> UPM temui trehalulosa, unsur superfood dalam madu kelulut

“Perkara ini akan dilakukan dengan menggunakan integrasi teknologi dan menjadikan negara sebagai hab konvensyen secara hibrid di dunia sewaktu pandemik COVID-19 kini.

“Dengan ini, ia memberi keyakinan kepada dunia dan pada masa yang sama akan merancakkan ekonomi Malaysia,” katanya dalam sesi webinar bertajuk Asia Pacific WTC Webinar: Vibrant Network yang turut disertai oleh ahli panel dari WTC New York.

Menurut Irmohizam, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS), sebanyak 1,250 majlis pameran dan konvensyen dibatalkan atau ditangguhkan sejak bulan Februari hingga Mei lalu.
BACA> Suhakam Indonesia akan bawa isu penindasan TKI  di Malaysia ke PBB
Jelasnya, pembatalan dan penangguhan itu telah melibatkan kerugian kira-kira RM1.75 bilion.

“Malah, hampir 35 peratus daripada mereka yang terlibat dengan MACEOS terpaksa melakukan pembuangan pekerja,” ujarnya.

Tambahnya, WTC juga merekodkan kerugian hampir RM60 juta ekoran pandemik Covid-19. -SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button