Acara

Sambutan Maulidur Rasul UPSI Bina Ukhwah Dengan Masyarakat

Tanjong Malim, 2 Oktober 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan komuniti berpisah tiada dan hubungan ukhwah akan dipastikan memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah hari ini bukan sahaja sebagai hanya sambutan, tetapi penghayatan dalam kehidupan seharian.
“Majlis sambutan anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Muallim(JAIPk) dan Pejabat Baitulmal Daerah Muallim, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) itu menyaksikan terjalin ukhwah, kesatuan, kasih sayang dan semangat warga UPSI dalam menghayati perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Semoga semangat, iltizam dan keyakinan ini dapat membina dan memupuk ukhuwah sesama kita semua,” katanya.
Jemaah Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020 dipilih mewakili masyarakat setempat untuk berarak bersama kontinjen lain yang membabitkan warga UPSI.
Seramai 24 kontinjen yang terdiri daripada kakitangan universiti memeriahkan perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat UPSI yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” seawal jam 7.30 pagi.
Beliau berkata, majlis sambutan yang diadakan pada kali ini adalah anjuran kali ke-3 bermula tahun 2022 sehingga tahun ini.
Majlis sambutan turut diserikan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Mantan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Arip Kasmo yang bertajuk ‘Padamu Kekasih’.
Sempena sambutan pertandingan kategori yang Perarakan Terbaik, Pakaian Terbaik dan Sepanduk Terbaik serta Juara Keseluruhan.
Johan bagi kategori sepanduk terbaik disandang oleh Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500 diikuti dengan tempat kedua yang disandang oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) menerima wang tunai RM 1000, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) meraih hadiah wang tunai RM 800.
Bagi kategori perarakan terbaik dimenangi oleh Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dengan hadiah wang tunai RM 1,500;kedua, JPPHB (RM 1000), manakala ketiga disandang oleh Portfolio Naib Canselor yang menerima hadiah wang tunai RM 800.
Kategori pakaian terbaik pula dimenangi oleh Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) iaitu hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500; kedua, FSM (RM 1000) seterusnya tempat ketiga disandang oleh Fakulti Komputeran dan META-Teknologi yang menerima hadiah wang tunai RM 800.
Juara keseluruhan bagi sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPSI 2024 dianugerahkan kepada FSM sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000.
Majlis yang diserikan persembahan nasyid oleh kumpulan D Kesakti itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr. Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button