Nasional
Trending

Sama ada PKP dilanjutkan, tunggu pengumuman PM hari ini

SAMA ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sama-sama kita tunggu pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Melalui pengumuman itu Perdana Menteri akan turut menyentuh mengenai langkah-langkah berikutnya bagi membendung dan menangani penularan COVID-19.

Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu selepas taklimat daripada Kementerian Kesihatan..

“Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai apa yang perlu dilakukan bagi mengawal COVID-19 dalam negara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat harian kepada media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Media sebelum ini melaporkan kerajaan akan membuat pengumuman pada hari Jumaat sama ada tempoh perintah PKP itu akan disambung atau sebaliknya.

Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan COVID-19, dengan fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah 4,228 manakala jumlah kematian 67.

BACA

Dr Noor Hisham berkata beliau mengadakan mesyuarat di pejabat kementerian untuk melihat hasil pelbagai model kajian, dengan menggunakan semua data yang ada.

“Selain data yang kami (Kementerian Kesihatan) ada, kami juga mendapatkan beberapa agensi yang berkaitan, contohnya kami turut jemput Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan beberapa perangkawan,” tambahnya.

Dr Noor Hisham berkata semua mereka akan berbincang, memeriksa data dan melihat unjuran serta trajektori jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi tempoh kira-kira seminggu.

“Dengan melihat data-data ini, kita akan buat ramalan sama ada jumlah kes akan melonjak atau sebaliknya, tapi jika dilihat kepada prestasi kita sehingga kini, jumlahnya nampak antara yang rendah, kita cuma ada 109 kes (kes positif baharu),” katanya.

Terdahulu JP Morgan menjangka kes COVID-19 di Malaysia akan memuncak pada pertengahan April.

Dr Noor Hisham berkata kementerian kini menggunakan kaedah baharu iaitu mengikut mukim dalam menentukan klasifikasi kawasan COVID-19 yang lebih tepat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button