Rencah Hidup

Salah ke belikan botol air mahal sikit untuk adik?

Gadis dengan lebih sejuta pengikut di TikTok ini terkejut videonya dikecam di Twitter

SEORANG gadis bernama Aisyah terkejut apabila video dia membelikan botol air untuk adik-adiknya yang dimuat turut olehnya di TikTok mengundang kecaman negatif netizen di laman Twitter.

Menurut Aisyah yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di TikTok miliknya, dia sendiri terkejut apabila ada orang yang mempertikaikan tindakannya membeli botol air untuk adik-adiknya kerana menganggap harga botol air itu terlalu mahal.

Aisyah menjelaskan isu ini di laman TikToknya, jika kita sendiri mahu membelikan sesuatu buat orang yang kita sayang, pasti kita tidak akan merasakan barangan tersebut mahal.

@itsmeaisyah__ dari sehari tak minum air langsung , dapat botol baru satu jam boleh minum habis @MommyHana Future Education ♬ original sound – ᵔ ᴥ ᵔ

Malah, jika kita sendiri membelikan botol air yang kurang kualitinya untuk anak kecil lalu botol itu jatuh dan pecah, kita sendiri terpaksa membelinya berkali-kali, membuatkan kos untuk membeli botol air itu sendiri menjadi mahal. Berbeza jika kita membelikan botol air yang berkualiti, cantik dan tahan lasak, pastinya ia lebih berbaloi untuk dibeli sekali saja dalam tempoh yang lama.

Aisyah turut menambah, dia hanya sekadar berkongsi video pembelian botol air MommyHana di ruangan TikToknya kerana mahu berkongsi kepuasannya membeli botol air yang berkualiti tinggi, ditambah pada ketika itu adalah musim baru persekolahan.

https://twitter.com/flowermyeon/status/1635126505033588736?s=20

Antara komen yang diterima oleh Aisyah

Turut terkesan dengan kecaman di Twitter tersebut adalah Puan Hana selaku pengasas produk MommyHana. Beliau turut terkilan dan kecewa atas kecaman yang diterima di Twitter dan TikTok yang mendakwa harga produk MommyHana mahal.

Menurut Puan Hana, ramai orang tidak tahu usaha yang diletakkan untuk menghasilkan sesuatu produk, apatah lagi produk tersebut berkualiti, tahan lama dan terbaik.

Sebagai perbandingan, Puan Hana menjelaskan jika kita boleh membeli secawan kopi dengan harga RM15 ke RM20 tanpa banyak soal hanya kerana produk itu adalah produk dari negara luar, maka mengapa orang kita sendiri mahu mengecam produk dari negara sendiri hanya kerana harga yang menurut mereka mahal?

Puan Hana juga turut terkesan dengan kejadian tersebut.

Tambah Puan Hana, MommyHana sendiri telah melakukan yang terbaik dalam mengeluarkan produk-produk mereka. Sebagai contoh botol air, beliau memaklumkan sudah hampir dua tahun MommyHana menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan modal mencecah jutaan ringgit bagi menghasilkan botol air yang terbaik untuk anak-anak.

“Jangan seperti anjing menyalak di bukit. Bukit tak runtuh, termalu diri sendiri.” Ujarnya di akhir penulisannya di laman social miliknya.

@mommyhanaofficialSometimes orang tak nampak usaha di belakang tabir yang hampir 2 tahun nak develop product yang setanding luar negara. Berkorban tenaga masa wang ringgit. Tempuh pelabgai cabaran onak duri suka duka jatuh bangun air mata darah.

♬ original sound – MommyHana Future Education

MommyHana yang ditubuhkan pada tahun 2016 mula dikenali ramai dengan produk buku interaktif mereka iaitu My First Book dan My Islamic Book. Syarikat milik penuh bumiputera ini turut menghasilkan Islamic Audio Device serta makanan tambahan seperti Excel Hana, Emmune Kids dan Emmune Adult.

Syarikat yang diasaskan oleh pasangan suami isteri Tuan Farid dan Puan Hana ini semakin melebarkan pengaruhnya dengan menghasilkan produk persekolahan untuk kanak-kanak pada penghujung tahun 2022. Produk persekolahan MommyHana bukan sekadar berkualiti tinggi, bahkan berteknologi dan boleh diimbas menggunakan aplikasi MommyHana.

Dengan harga yang mampu milik, MommyHana menawarkan pilihan buat ibubapa untuk membelikan produk persekolahan yang sangat cantik, berwarna-warni, berkualiti serta tahan lama.

Barangan MommyHana boleh dibeli melalui agen-agen MommyHana yang berada di seluruh Malaysia, atau boleh terus didapati di laman web www.mommyhana.com. – SM

Artikel berkaitan > “Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar!”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button