Nasional

Saksi penting Chew Ben Ben beri keterangan hari ini

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

KES perbicaraan Pengasas Yayasan Akalbudi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersambung pagi ini dengan saksi ke-34 dipanggil bagi memberi keterangan.

Saksi baharu yang akan tampil dalam prosiding perbicaraan Presiden UMNO itu ialah Chew Ben Ben yang merupakan Pengarah syarikat Datasonic Sdn. Bhd., (DTSB) dan juga Penasihat Korporat Saranakencana Sdn. Bhd., (SKSB).

Ben Ben dijangka memberi keterangan berkaitan pengeluaran dua keping cek berjumlah RM6 juta yang didakwa berkaitan kontrak pembekalan 12.5 juta cip Pasport Antarabangsa Malaysia (PAM).

Ben Ben merupakan individu yang menyerahkan cek tersebut kepada bekas Menteri Dalam Negeri itu.

Minggu lepas, pemegang saham terbesar dalam DTSB, Datuk Abu Hanifah Noordin tampil memberi kenyataan, menafikan wang berjumlah RM6 juta yang diberikan kepada Ahmad Zahid adalah sebagai rasuah.

Abu Hanifah menegaskan, pemberian dua keping cek masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM5 juta adalah sumbangan politik dan untuk sedekah serta amal jariah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button