Saksi dedah rupanya teman lelaki Bella pernah ke carwash untuk hapuskan bahan bukti
TEMAN lelaki Bella rupanya sempat ke sebuah pusat cuci kereta bagi membersihkan kereta untuk menghapuskan bahan bukti ketika solat Jumaat.
Pekerja carwash juga mendakwa suspek membersihkan keretanya sendiri dan meminta dua pekerja carwash membantu menghilangkan kesan tanah dengan vacuum di dalam kereta.
Suspek yang sebelum ini pernah bekerja sambilan di situ dilihat tergesa-gesa untuk pulang dan tidak bersama-sama rakannya meluangkan masa yang lama seperti kebiasaan sebelum ini.
@areesyakhalim Rangka Manusia Sah Milik Bella. #999tv3 #tv3malaysia #999 #fypシ #tv3
‘’Dia minta tolong cucikan dan lap–lap dalam Dashboard pintu dan seat ada tanah banyak’’
‘’Dia ambil kunci, takde cakap banyak, terus jalan. Masa itu dia memang kelam kabut, nampak tak tenang, resah gelisah’’. Jelas pekerja Carwash itu.
Misteri kehilangan ibu tunggal yang dikenali, Bella akhirnya terjawab apabila satu rangka manusia ditemukan dalam sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat Johor.
Sementara itu di Mahkamah Majistret, kakak Bella, Norhisham Samsusah tidak dapat mengawal emosi ketika keluar dari mahkamah sebaik prosiding pertuduhan membunuh dikenakan terhadap teman lelaki, Mohammad Haikal Mahfuz.
Pembunuh..! pembunuh ..! itulah teriakan dari kakak Bella selepas Mohammad Haikla Mahfuz dibawa keluar dari Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh Bella.
Rangka milik Bella ditemukan dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah pada pukul 2 petang Jumaat lalu.
Susulan penemuan rangka itu, polis mengambil sampel daripada kakak dan ibu Bella untuk menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Bagaimanapun, ujian dijalankan di HSI pada Sabtu lalu mendapati rangka itu sah milik wanita itu selepas sampel diambil berpadanan dengan Bella.