Berita

Saiz bukan ukuran kejayaan

SINGAPURA – ‘Smallness can be greatness’, saiz pada masa kini bukanlah satu kekurangan bahkan ia juga merupakan kelebihan bagi melakukan sesuatu dengan lebih hebat.

Walaupun Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil berbanding negeri-negeri lain di Malaysia namun ia juga merupakan kekuatan kepadanya.‘

Demikian menurut kenyataan media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ucapan yang dikongsikan oleh Pensyarah Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, National University of Singapore (NUS), Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin AlJunied ketika menghadiri kempen ‘Promosi Masakan Perlis’ yang diadakan di The Malayan Council – Esplanade Mall, 8 Raffles Ave, Singapura baru-baru ini.

Promosi khas memperkenalkan Kurma Daging Perlis anjuran restoran berkenaan selama tiga minggu itu mendapat kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), YTSP Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) serta BMC Travel Sdn Bhd bersempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Pelancaran disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berangkat ke Singapura bagi mengetuai ‘UniMAP International Leadership Mobility 2024’.

Keberangkatan Baginda ke majlis yang disekalikan dengan Sambutan Hari Malaysia itu diiringi sama oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Tambah Syed Muhammad Khairudin, National University of Singapore (NUS) sebagai contoh terbaik telah menjadi sebuah universiti global meskipun berada di sebuah pulau dan negara yang kecil berbanding negara-negara besar yang lain dan menduduki tempat kelapan ‘World University Rankings terkini’.

Beliau berharap agar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mencapai kejayaan yang sama pada masa akan datang. ‘Think big, think global’ dan anda akan menjadi seperti NUS’.

(Foto : Kredit YTSP Perlis)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button