Luar Negara

Saintis berpakaian seperti angkasawan dalam makmal virus Wuhan

BEBERAPA keping gambar yang viral baru-baru ini menunjukkan bagaimana saintis China yang berpakaian seperti seorang angkasawan dalam makmal virus di Wuhan,

Institut Virologi Wuhan menyimpan lebih 1,500 jenis virus yang membunuh, merupakan pusat penyelidikan yang menumpukan kepada kajian patogen yang paling bahaya, terutama berkaitan virus yang dibawa oleh kelawar.

Sejak tersebar virus corona atau Covid-19 di bandar itu Disember lalu, institut yang bernilai hampir RM200 juta itu merupakan pusat kepada teori konspirasi, dengan ada yang menuduh virus itu bermula dari situ.

saintis wuhanKetika pada ahli sains percaya virus itu melompat ke manusia daripada haiwan yang dijual di pasar di Wuhan, teori konspirasi pula menyatakan hal yang berbeza.

Sesetengah mereka mendakwa virus  yang sebelum ini dikenali sebagai SAR-CoV-2, boleh jadi senjata perang biologi yang dihasilkan di situ. Ada yang mengesyaki ia terlepas dari makmal.

Menurut laporan Daily Mail, China menafikan tuduhan itu. Pengarah institut itu, Shi Zhengli memberitahu wartawan pada Februari bahawa dia memberi jaminan dengan nyawanya bahawa wabak itu tidak ada kaitan dengan makmal berkenaan.

Ramai pakar antarabangsa turut menolak teori konspirasi itu.

saintis wuhanNamun di United KIngdom, spekulasi bahawa virus itu bocor dari makmal tidak ditolak bagitu sahaja oleh kerajaan.

Pandemik itu setakat ini sudah membunuh lebih 100,000 orang dan lebih 1.5 juta yang lain telah dijangkiti.

Gambar-gambar yang luar biasa yang menunjukkan pada penyelidik berpakaian angkasawan itu dirakamkan pada 2015 dan 2017, memberikan kita gambaran keadaan di dalam institut berkenaan selepas ia siap.

Penyelidik kelihatan mengenakan sut pelindung penuh termasuk pelindung kepala ketika menjalan kajian.

Kerajaan China memutuskan untuk membina institut itu selepas negara berkenaan bergelut dengan wabak SAR pada 2002 dan 2003.

saintis wuhan
PAKAIAN para saintis dalam makmal di Institut Virologi Wuhan yang seperti angkasawan.

SAR yang juga sejenis virus corona membunuh 775 orang dan menjangkiti lebih 8,000 di seluruh dunia.

China mengambil masa 15 tahun untuk menyiapkan projek itu dengan kos keseluruhan sekitar RM200 juta.

Ia merupakan bangunan empat tingkat yang mana tahap keselamatan bio atau biosafety pada tahap P4.

Ia merupakan makmal yang paling maju di China.

Pembinaan makmal penyelidikan itu siap pada 2015 dan dibuka secara rasmi pada 5 Januari 2018, selepas lulus pelbagai ujian keselamatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button