HiburanSukan

Sah adik Ayda Jebat, Fyna kahwin dengan Zainal Abidin

AKHIRNYA teka teki yang membabitkan adik kepada Ayda Jebat, Fyna yang berkahwin dengan bekas pemain bola sepak yang pernah menyarung jersi negara dan kini jurulatih pasukan Pahang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, terjawab.

Walaupun jarak umur jauh di antara Fyna dan Zainal jauh beza namun kalau sudah jodoh, tidak ke mana.

Perbezaan umur juga bukan penghalang untuk mereka hidup Bersama malah Fyna, 29, mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiannya bersama suami.

“Alhamdulilah saya sudah bernikah. Jadi, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan komen yang baik-baik.

“Saya juga berharap kepada semua agar mendoakan kebahagian kami dan keluarga”, katanya usai persembahan program Famili Dua yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Walau bagaimana pun Fyna enggan mengulas lebih lanjut tentang pernikahannya dengan Zainal dan dia juga memberitahu bahawa suaminya menyokong penuh kerjayanya sebagai penyanyi.

“Maaf, buat masa sekarang itu sahaja. Dia juga menyokong sepenuhnya kerana itu saya boleh menang pada minggu ini,”ujarnya

 

Pernikahan mereka hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Terdahulu, khabar angin tentang perkahwinan Fyna dengan Zainal menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Bagaiman pun, kedua-dua mereka enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Untuk rekod, Zainal Abidin sebelum ini berkahwin kali pertama pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Zainal cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button