Bola SepakSukan

Safawi Rasid sah sertai Portimonense

KELAB Liga Perdana Portugal, Portimonense S. C mengumumkan secara rasmi semalam pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid menyertai kelab itu secara pinjaman jangka panjang dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain sayap Malaysia berusia 23 tahun itu akan menyarung jersi No. 29 dan sekiranya Safawi mempamerkan persembahan meyakinkan, Portimonense diberi pilihan untuk membelinya sebaik musim 2020/21 berakhir.

Dalam sidang akhbar selepas majlis pengenalan pemain itu, Safawi berkata, dia akan memberikan yang terbaik sepanjang beraksi bersama kelab Portugal tersebut.

“Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk Portimonense dan tidak sabar untuk beraksi bersama kelab. Saya berharap sepanjang berada di sini di Portugal), saya dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan.

“Saya mahu mempamerkan kemampuan saya dan menjadi seperti (Bruno) Tabata dan Shuyo Nakajima,” katanya.

Pada sidang akhbar tersebut , turut hadir, Presiden Operasi Bola Sepak Portimonense, Rodiney Sampaio.

Jika bakat Safawi mampu menambat hati pengurus Portimonense, Antonio Folha, pemain kelahiran Terengganu itu berpotensi untuk beraksi menentang kelab yang menghuni tangga kelima dalam carta liga, Maritimo pada Ahad depan, pukul 11 malam (waktu Malaysia), sebaik aksi liga disambung semula selepas rehat antarabangsa.

Maritimo juga mempunyai pemain dari Asia Tenggara iaitu anak saudara kepada Sutan Brunei, Faiq Jefri Bolkiah yang baharu sahaja menyertai pasukan itu dari kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button