Nasionalpilihan

Sabah, Sarawak terima RM5.2 bilion, RM4.6 bilion untuk pembangunan

Sabah dan Sarawak akan menerima peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing kepada RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan itu antaranya adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Selain itu, jelasnya, usaha bank bergerak yang dimulakan di Sarawak tahun ini seperti di Pekan Sungai Asap, Belaga mendapat sambutan memberangsangkan.

“Penduduk luar bandar datang beramai-ramai untuk menggunakan perkhidmatan bank bergerak
yang disediakan oleh BSN.

“Baru-baru ini, perkhidmatan ini juga diluaskan ke Sabah atas usaha Yang Berhormat Sipitang,” katanya.

Tambahnya, tahun hadapan, sebanyak tambahan 20 lagi bank bergerak dijangka mula beroperasi merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button