16 September 1963 cuma satu tarikh bersejarah yang memperlihatkan telah berlakunya satu penyatuan agung antara negeri, negara serta keseluruhan rakyatnya.
Namun memasuki usia yang puluhan tahun ini, isu-isu pembangunan dan serta sosial masih membelenggu Sabah dan Sarawak yang tiada nampak arah perubahannya.
Biar pun sampai sudah penat rakyat mahu pun NGO mendesak, ahli politik mahu pun kerajaan semasa yang ada kuasa, setakat itu sahaja rasa kasih diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
Sedangkan Sabah dan Sarawak itu jauh lebih besar berbanding semenanjung Malaysia, apakah pemimpin sedia ada tidak nampak potensi dua buah negeri yang hebat ini?
Salah satu jawapan penulis mudah sahaja.. pemimpin di semenanjung ini kebanyakannya tidak pernah mendiami di bumi Sabah mahu pun Sarawak.
Mereka sekadar singgah bercuti dan kemudian pulang menjalani kehidupan biasa, seperti tiada apa-apa, hanya berfikir bagaimana cara untuk kekal duduk di kerusi politik.
Bagi orang semenanjung yang pernah mendiami di Sabah serta Sarawak dan ada jiwa yang kuat tentang erti sebenar penyatuan, macam-macam sebenarnya boleh dibuat.
Tetapi sekatan tetap berlaku pada NGO mahu pun ahli politik tempatan yang sepatutnya mengangkat Sabah dan Sarawak ke tahap yang super-ekstrem pembangunan budaya, ekonomi, sosial dan keunikannya.
Walau bagaimanapun penulis percaya, suatu hari nanti jika Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan pemimpin muda yang ada visi dan misi yang jelas, Borneo antara aset Malaysia paling dikagumi.
Cuma buat masa ini, pemimpin sedia ada pun sudah tua-tua. Terikat dengan sistem yang zaman-berzaman sudah merosakkan masyarat itu sendiri. Lainlah kalau semuanya boleh ‘reset’.
Pasti selepas ‘reset’, serahkan semula kerajaan kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Institusi Diraja itu sendiri, semuanya akan kembali ‘sedap’ dengan nafas baharu serta acuan baharu!