Sukan

Sabah FC curi satu mata dari Melaka United

KELEBIHAN bermain di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan oleh Melaka United apabila dipaksa untuk berkongsi satu mata dengan pelawat, Sabah FC.

Walaupun menguasai permainan, anak buah Zainal Abidin Hassan itu gagal disudahkan dengan baik oleh barisan serangan mereka.

Hujat lebat juag turut menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan ekoran padang licin dan basah.

Di sebalik penguasaan permainan, pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah melalui jaringan oleh pemain tengah, Hamran Peter pada minit ke-46.

S. Kumaahran menjadi penyelamat kepada tuan rumah apabila mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-63.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button