Rupanya ini punca kehilangan Kate Middleton
SELEPAS beberapa bulan kehilangan Kate Middleton sudah terjawab, rupa-rupanya beliau menjalani pembedahan abdominal pada Januari lalu.
Baru-baru ini paparazzi sempat merakam Kate Middleton dan Puteri Wales dilihat ceria dan sihat ketika berkujung ke sebuah kedai berdekatan kediaman mereka pada hujung minggu lalu.
Menurut sumber diraja, pasangan itu dijangka membuat penampilan di kyalayak ramai dengan memberi ucapan mengenai kesihatannya apabila kembali bertugas.
‘’Puteri mungkin memaklumkan mengenai pemulihannya.
“Kate dan suaminya Putera William, yang juga pewaris takhta Britain paling terbuka apabila berinteraksi dengan orang ramai’’, memetik sumber dari akhbar Britain.
Ibu kepada tiga anak itu dilaporkan tidak muncul di khalayak ramai selama lebih sebulan dan gambar terbaru yang dikeluarkan oleh Istana Kensington untuk menepis khabar angin mengenai kesihatannya didapati sudah disunting.
Berikutan itu, timbul banyak spekulasi mengenai tahap kesihatannya dan juga teori konspirasi mengenai hubungan pasangan itu.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan keluarga diraja mengenai keberadaan Kate Middleton.
Artikle Berkaitan :>
Model British, Rose Hanbury punca perceraian Putera William dan Kate Middleton
Orang ramai teruja lihat kemunculan Putera William dan Putera Harry bersama pasangan