Politik
Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Tiada Kaitan Dengan PRN – Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi pendapat Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani yang akan di enam negeri kelak tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sebaliknya ia adalah usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendekati rakyat jelata dengan lebih dekat berbanding jika sambutannya sekadar dibuat di Seri Perdana seperti sebelum ini.