Hiburan

Rumah tangga goyah, isteri dedah Shuk masih curang dengan wanita sama

INGATKAN ulangan cerita lama, rupanya tidak. Pelawak dan penyampai radio, Shuk didakwa isterinya masih lagi curang terhadapnya bersama wanita yang sama.

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah membuat beberapa status pendedahan berkenaan kecurangan yang dibuat suaminya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi status tersebut, Shuk didakwa berada di sebuah rumah yang didakwa rumah wanita bernama Fara Salleh yang mempunyai hubungan dengan Shuk sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Rossalennah telah mengetuk pintu rumah tersebut dan seorang wanita dipercayai Fara Salleh memberitahu yang Shuk tidak berada di rumah tersebut.

Wanita itu turut melemparkan kasut yang dimiliki Shuk yang berada di dalam rumahnya.

Menurut Rossa lagi, dia mempunyai saksi dan pergi ke rumah wanita tersebut bersama dengan pembantu peribadi Shuk.

“Seraa ada saksi pergi sini dengan PA Shuk, dia kol Fara dan suruh Shuk keluar. Tapi Shuk tak mahu.

“Katanya selagi saya ada, apa jadi pun dia tidak akan keluar. Bayangkanlah persaan saya. Saya tak pernah sesedih ini.

“Saya dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan dengan kau (Fara). Kau Usir aku. Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik.

“Dan kau (Shuk), kau setiap hari balik menipu aku. Kau buat aku dan anak-anak macam tiada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik dan sayang pada kami.

“Tapi apa kau buat malam ini? Aku sayang kau dan anak-anak, tapi kau hancurkan aku hari demi hari,” katanya.

Sebelum ini, Shuk sudah pun tular berkenaan hal kecurangan dan sudah membela dirinya serta mendapat kemaafan daripada isterinya.

Untuk rekod, Shuk berkahwin dengan Rossalennah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button