Nasional

Rozaid Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri

NAMA Rozaid Abdul Rahman tidak asing lagi dalam kalangan pengamal media tempatan dan cukup berpengalaman.

Sebagai wartawan senior beliau dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berusia 58 tahun, Rozaid melaporkan tugas hari ini di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya bagi menggantikan Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman yang menamatkan perkhidmatannya pada awal bulan ini.

Untuk rekod, Rozaid sebelum ini ialah Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan juga merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Pada Disember 1989, beliau mencatat sejarah sebagai wartawan Malaysia pertama memasuki terowong yang dibina oleh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand sejurus selepas termeterainya perjanjian damai di antara PKM dan Kerajaan Malaysia. – SM

BACA Japen aktifkan PPM bagi memudahkan liputan media

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button