Hiburan

Rosyam Nor tetap akan teruskan tindakan walaupun ada individu sudah tampil mohon maaf

WALAUPUN sudah ada individu tampil memohon maaf kepada pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor, akan tetap meneruskan tindakan undang-undang yang mengaitkan namanya dengan isu rumah tangga selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura.

“Esok, saya dan peguam akan bertemu dengan pegawai penyiasat untuk meneruskan siasatan dan mengenal pasti setiap akaun media sosial yang menyebarkan fitnah berkenaan perceraian Fattah dan Fazura.

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai mereka. Cuma, apabila ada tangan nakal yang membabitkan saya dalam isu itu, ia adalah fitnah.

“Pada mulanya, saya ingin abaikan sahaja, tetapi keadaan semakin teruk. Saya perlu ambil tindakan undang-undang kerana ia menjatuhkan reputasi saya.

“Saya memang sangat marah dengan fitnah ini. Mereka (pemfitnah) perlu ingat, saya mempunyai keluarga, besan, menantu, cucu, dan rakan perniagaan yang nama baik mereka juga perlu dijaga,” katanya.

Rosyam berharap tindakan undang-undang ini akan membuka mata masyarakat yang menggunakan media sosial, walaupun tidak semua netizen bersikap sedemikian.

Selepas perceraian Fattah dan Fazura pada 7 Oktober lalu, rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri mula memandang rendah terhadap suami jika dia lebih kaya menjadi tular semula.

Walaupun begitu, namanya tiba-tiba dikaitkan dengan isu perceraian pasangan itu, walhal dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang mereka.

Artikle Berkaitan :>

Rosyam Nor buat laporan Polis Fitnah terkait penceraian Fattah Amin dan Fazura terhadap page

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button