Rosyam Nor dikecam selepas memberi pendapat pentingnya rumah pelacuran di Malaysia
Pelakon, Datuk Rosyam Nor menjadi perhatian oleh warganet selepas memberi pendapat pentingnya rumah pelacuran di Malaysia bagi warga asing golongan lelaki untuk melepaskan nafsu.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi sotu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan di Tiktoknya, pelakon yang juga merupakan usahawan itu juga berkata terdapat lebih kurang 3 juta pendatang asing datang bekerja di negara kita dan rata-ratanya kaum lelaki.
https://www.tiktok.com/@suhanchannelofficial/video/7320921965617892609?_r=1&_t=8ir8rdcW3HN
‘’Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.
‘’Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.
Ada juga dari alam maya setuju apa yang diperkatakan oleh pelakon tersebut yang dianggap bijak meluahkan isu berkenaan secara matang.
Namun ada juga segelintir netizen yang menganggap pendapat Rosyam itu sudah jauh menyimpang selain mempersoalkan tentang rumah pelacuran kerana Malaysia merupakan negara Islam malahan ditegah dalam Islam. Di sesetengah negara Barat rumah pelacuran ada dibuka namun ia secara terkawal.
Ada juga yang memberi pendapat tidak semua lelaki yang boleh mengawal nafsu dan dengan mudah terjebak dalam kegiatan maksiat.
Artikle Berkaitan:>
Rosyam Nor terpaksa sekat pelanggan masuk ke pasaraya miliknya
Usanita dan PERKEP bergabung dalam usaha meningkatkan martabat wanita Malaysia