NasionalNegeri

Ejen kosmetik Rosnazirah dibawa lari ke Bangkok-Myanmar!

EJEN  jualan kosmetik tempatan, Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand kemungkinan telah dibawa lebih jauh hingga ke Bangkok atau pun sempadan Thailand-Myanmar.

Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, pasukan polis negara jiran itu tidak menolak kemungkinan berkenaan dan giat meneruskan operasi 24 jam untuk mengesan wanita berusia 36 tahun itu.

Katanya, pencarian itu dilakukan di banyak premis termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat yang dikenal pasti berpotensi dijadikan tempat persembunyian oleh suspek.

“Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi kami telah menjalankan operasi mengesan 24 jam tetapi setakat ini, pencarian belum berhasil.

“Serbuan sudah dilakukan di semua premis yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang Selasa lalu, mangsa diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan oleh sekumpulan lelaki.

Wanita itu dilarikan dengan kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand.

Kereta terbabit kemudian ditemui kira-kira pukul 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita yang berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button