Nasional

Rohingya: ICJ akui berlaku ‘genocide’ di Myanmar

BERTAHUN menghadapi penyeksaan, pembunuhan dan diskriminasi, masyarakat Rohingya meninggalkan bumi mereka demi kelangsungan hidup.

Malah, mereka sanggup berjalan kaki, meredah samudera meninggalkan tanah air kerana tidak tahan dengan penyeksaan demi penyeksaan dilakukan kerajaan Myanmar.

Sudahlah lari dari penyeksaan, terpaksa pula tinggal di negara asing yang berlainan budaya, bahasa dan cara hidup.

Namun kini semua itu bakal berakhir, mereka boleh memanjatkan kesyukuran kerana nasib akhirnya terbela.

Warga Rohingya yang tinggal sementara di negara ini dilaporkan boleh kembali ke tanah air mereka di Arakan, Myanmar.

Ia berikutan Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ) mengakui wujud penghapusan etnik (genocide) di negara itu.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Hakim Mohd. Nor, beliau bersyukur kerana nasib masyarakat Rohingya terbela di ICJ.

HAKIM MOHD. NOR

“Ini kemenangan besar untuk Umat Islam.

“Akhirnya, terbukti juga dari sudut perundangan mereka (tentera Myanmar) bersalah merogol, membunuh, membakar harta benda dan melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya,” katanya dalam satu kenytaan baru-baru ini.

Gambia fail ke ICJ

Tambah beliau, meskipun negara Gambia yang menfailkan kepada ICJ terhadap ‘genocide’ tersebut, namun ia adalah simbolik kesatuan ummah dan masyarakat Islam menyokongnya.

“Gambia ke hadapan untuk wakili kita semua selepas beberapa siri desakan dan jelajah penerangan di seluruh dunia. Ya, ini suara umat!

“Kemenangan di mahkamah ini membuka satu lagi episod baru untuk perjuangan ini. Ya, penghantaran pulang semula Rohingya ke Arakan!” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] MAPIM sokong Gambia fail kes ke ICJ jenayah genosid Myanmar ke atas Rohingya – Suara Merdeka

Siap siaga bantu Rohingya pulang

Dalam pada itu, Hakim turut memaklumkan Serantau Muslim siap siaga bagi membantu warga Rohingya untuk pulang ke Arakan selepas ‘genocide’ oleh kerajaan Myanmar.

“Sejak dulu lagi, saya laungkan kita perlu persiapkan Rohingya untuk kembali ke negara asal mereka di Myanmar.

“Untuk itu, orang Rohingya sendiri perlu bersedia khususnya dari sudut mental dan rohani untuk memulakan semula kehidupan.

“Ia bukan sesuatu yang mudah. Rumah mereka telah tiada kerana dibakar, tanaman dimusnahkan, harta dirompak dan ahli keluarga mati dibunuh.

“Tiada apa yang tinggal. Ia meninggalkan kesan emosi yang cukup besar,” jelasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button