Ekonomi

RMK-12: Pembinaan kem, hospital tentera baharu

KESELAMATAN rakyat dan kedaulatan negara diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang menyaksikan pemantapan fasiliti ketenteraan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara projek yang akan dilaksanakan, termasuk Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim.

Bare Base Tentera Udara Bintulu, Sarawak dan Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka juga akan dibina dalam tempoh RMK-12.

Selain itu, kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh RMKe-12.

Malaysia juga akan memperkenalkan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan.

Related Articles

“Keselamatan rakyat dan kedaulatan negara merupakan perkara asas bagi memastikan keamanan dan kestabilan Malaysia.

“Antara inisiatif yang akan dilaksana merangkumi langkah menambah baik kesiapsiagaan, kawalan sempadan dan penguatkuasaan, mempertingkat ketenteraman awam, mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta menjaga kebajikan anggota.

“Saya akan pastikan, langkah yang lebih tegas akan diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh, dan memperkukuh Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin,” katanya dalam pembentangan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi memastikan kebajikan anggota tentera dan penguatkuasa terbela sebanyak 10,200 unit rumah keluarga angkatan tentera dan kuarters sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMK-12.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button