Nasional

RM50,000 untuk tangkap ikan bandaraya

SEBANYAK RM50,000 telah disediakan oleh kerajaan Selangor untuk menangkap ikan bandaraya.

di Denai Kebangsaan, Sungai Langat Selangor.

Ini dilakukan sebagai usaha untuk memulihkan populasi ikan tempatan yang dipercayai mampu meningkatkan dan membersihkan kualiti air di sungai itu.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim, berkata, pemancing akan diberikan sebanyak RM1 secara tunai bagi setiap kilogram (kg) ikan bandaraya yang berjaya ditangkap. Terdapat pelbagai jenis ikan terutama ikan Pleco yang ditangkap dengan menggunakan jala di Sungai Langat itu.

Menurut Izham, Untuk kos, bajet telah pun disediakan. Sekiranya terdapat  benda yang perlu diperbaiki kita akan perluaskan selepas itu. Apa yang lebih penting adalah memberi tumpuan sepenuhnya diDenai Kebangsaan dahulu dalam usaha penangkapan ikan bandaraya tersebut.

Sambutan yang diterima melalui media sosial dan panggilan telefon adalah amat menggalakkan. Menurut Izham, beliau yakin ikan bandaraya itu dapat dihapuskan atau mengurangkan jumlah populasinya dengan secepat mungkin mungkin. Beliau berkata demikian selepas melawat program inisiatif tangkapan ikan pleco (ikan bandaraya) di sini, hari ini.

Lebih 200kg ikan bandaraya ditangkap ditangkap didalam program tersebut.

Izham berkata, ikan-ikan yang berjaya diperolehi pada hari ini akan diproses untuk dijadikan makanan ternakan dan dijadikan baja kompos.

Kualiti ikan bandaraya ini mempunyai nilai yang tinggi  apabila dijadikan baja kerana kandungan nitrogen, fosforus dan kalium (NPK) yang luar biasa. NKP merupakan bahan yang amat penting didalam pembajaan dan ia berpotensi untuk dikomersialkan.

“Saya yakin dengan gandingan aspek komersial dan insentif bilangan ini kita boleh kawal,” inisiatif ini dilakukan  kesedaran Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat yang menganggap ikan itu tidak mengancam.

Menurut Izham, ikan ini sememangnya tidak mengacam populasi ikan lain, tetapi dia mengawal makanan dan menyebabkan ikan lain terpaksa bersaing untuk mencari makanan. Ikan bandaraya ini juga dikatakan akan menang jika bersaing dengan ikan lain kerana ia merupakan spesis ikan yang tahan lasak.

Menurut Izham lagi, sekiranya

populasi ikan bandaraya ini dapat dikurangkan diDenai Kebangsaan, benih ikan tempatan akan dilepaskan untuk meningkatkan kembali kualiti air. Beliau begitu yakin ketika ini populasi ikan tersebut telah pun meningkat disetiap sungai dinegeri Selangor.

Izham berkata, jika diSungai Damansara sahaja para pemancing boleh mendapat sehingga melebihi satu tan, beliau amat yakin populasi ikan berkenaan akan lebih banyak mendiami Sungai Kelang. Kita perlukan kerjasama semua pihak, bukan sahaja agensi kerajaan tetapi badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita sedang buat kerja-kerja pengorekan dan kita juga akan adakan tangkapan di Sungai Kelang,” katanya. Program hari ini disertai 60 pemancing terdiri daripada 21 kumpulan dan berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan September bermula hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button