Rita Rudaini dulu tak macam sekarang!
AKAL biar selari dengan usia. Tidak ada gunanya menjawab kata-kata netizen yang berani di media sosial tetapi takut kalau berhadapan secara fizikal.
Rita Rudaini sebagai seorang pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air tidak perlu menjawab kata-kata netizen sama ada secara sindiran atau ‘sekolahkan’ golongan ini.
Apabila membaca hantaran yang dibuat oleh ibu beranak dua ini di akuan Instagram miliknya, Rita tidak seharusnya menulis dengan merendah-rendahkan martabat dirinya.
Kita semula lahir ke dunia ini bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang bodoh tetapi kita sendirilah yang memilih untuk menjadi bodoh ataupun buat-buat bodoh.
Isu tidak vaksin Covid-19 antara Rita dan masyarakat atau netizen nampaknya berpanjangan dan kata-kata kesat catatan netizen terhadap Rita, amat menyedihkan.
Dipanggil dengan panggilan Minah Tua, netizen yang menulis itu sepatutnya lebih bijak jika mahu memberi pandangan kepada Rita. Tengok juga jarak usia kerana kita orang Melayu, beradap.
Rita sendiri bersikap acuh tak acuh dengan membalas penulisan netizen dalam bentuk sindiran tanpa memikirkan suatu hari nanti, apakah pandangan kedua-dua orang anaknya terhadap ibu mereka yang mengakui, dirinya bodoh.
Depa dok kata, malang sungguh nasib Ryan dan Arjuna dapat mak bodoh tak cucuk vaksin. Tulah, betullah. Nasib baik Tuhan jadikan sister seorang mak yang bodoh tak serah badan dan anak-anak untuk ujikaji. Sister syukur sangat dipilih jadi bodoh.
Di atas adalah catatan Rita Rudaini yang apabila dibaca berulang kali, boleh membawa konotasi yang berbeza mengikut nada membaca.
Sampai bila Rita nak layan netizen? Layan kalau memberi manfaat, tinggalkan kalau ia tidak membawa sebarang kebaikan melainkan JUST TO GET BACK AT THEM.
Tak ada gunanya Rita berbuat begitu. Rita Rudaini yang saya kenali ketika beliau mula-mula menjadi pelakon adalah seorang insan yang berhemah, menghormati wartawan hiburan, tidak meninggi suara apabila bertutur kata.
Jangan hilang elemen-elemen positif wahai Rita disebabkan cabaran hidup yang ditempuhi. – SM