Ekonomi

Ringgit lebih teguh berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama

Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan paras lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama dan meningkat 1.11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipacu sentimen lebih baik susulan prospek yang cerah, kata penganalisis.
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4200/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 ketika ditutup pada Khamis.
Memetik BERNAMA, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama ringgit terus mencatatkan prestasi lebih baik berbanding beberapa mata wang utama, disokong oleh keadaan makroekonomi yang memberangsangkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button