Ekonomi

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Pada pukul 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.1550/1605 berbanding dolar AS, naik berbanding 4.2000/2060 ketika ditutup pada Isnin, menandakan kenaikan tahun setakat ini sebanyak 10.49 peratus. Ini adalah paras tertinggi ringgit ketika ditutup sejak 11 Nov, 2021, pada paras 4.1525/1545 ketika itu.
Memetik BERNAMA, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan pelbagai langkah sokongan monetari, termasuk keperluan rizab bank dan penurunan kadar feadah, serta langkah untuk menyokong pasaran hartanah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button