Ekonomi
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, terjejas oleh data pasaran buruh AS yang kukuh yang meningkatkan peluang Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan pendirian ketatnya terhadap dasar monetari, kata pakar ekonomi.
Pada pukul 9 pagi, unit tempatan jatuh kepada 4.6680/6725 berbanding dolar AS berbanding 4.6580/6630 pada penutupan Khamis.
Memetik laporan Bernama, Ketua Ekonomi dan Kewangan Ssosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini mungkin menjamin Fed untuk mengekalkan pendirian sekatannya terhadap dasar monetari untuk menurunkan inflasi ke arah sasaran 2.0 peratusnya. – SM