Luar NegaraRibut

Ribut tropika Megi di Filipina ragut 121 nyawa

RIBUT tropika Megi yang melanda Filipina pada hujung minggu lepas telah meragut 121 nyawa termasuk 81 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di bandar tengah negara itu.

Angkat kematian akibat ribut tropika itu meningkat dan jumlah kematian termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan negara itu.

Dua kawasan tersebut mengalami banjir serta tanah runtuh besar akibat ribut tropika Megi.

Bagaimanapun, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan, hanya 76 kematian dan 29 orang hilang setakat ini.

Agensi itu yang menerima laporan dari wilayah terjejas akibat bencana memaklumkan mereka sedang mengesahkan jumlah korban sebenar.

Sementara itu, jurucakap polis di wilayah Visayas Timur berkata, sehingga semalam, 113 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah itu.

Menurutnya, 81 orang maut dalam tanah runtuh di Baybay City, 31 orang di bandar Abuyog, wilayah Leyte, satu di wilayah Samar selain lima lagi hilang dan sekurang-kurangnya 236 penduduk cedera dalam ribut itu.

Ribut tropika Megi yang membadai kawasan darat Filipina pada Ahad lalu, merupakan ribut tropika pertama yang melanda negara Asia Tenggara itu tahun ini dengan kira-kira 20 taufan dan ribut setiap tahun.

Kepulauan Filipina terletak di lingkaran taufan Pasifik, menjadikannya antara negara yang sangat terdedah kepada bencana alam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button