BanjirNasional

Ribuan lagi mangsa banjir di Taman Sri Muda masih terperangkap

PENDUDUK di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor masih lagi terperangkap susulan banjir yang berlaku sejak Jumaat lalu.

Rata-rata penduduk yang ditemui oleh wartawan SUARA MERDEKA di lapangan, KHAIRULANUAR YAHAYA hanya berkaki ayam kerana segala barangan mereka musnah dalam banjir.

Banjir yang berlaku kali ini di Taman Sri Muda merupakan kali kedua, kali pertama berlaku banji besar di kawasan berkenaan pada tahun 1995 dan walaupun bantuan dihulurkan, masih belum lagi berjaya mengeluarkan kesemua mangsa banjir di situ.

Salah seorang penduduk yang sempat ditemubual secara ringkas memberitahu, beliau sempat menyelamatkan ibu dan dua orang anaknya daripada terkandas dalam banjir.

Bekerja sebagai seorang jururawat, beliau mengharapkan agar pihak yang berkenaan terus menghulurkan bantuan dengan segera kepada penduduk Taman Sri Muda.

Barangan keperluan asas khususnya air diperlukan dan penting dalam keadaan bencana alam seperti banjir.

Liputan seterusnya, sila ikuti Live Suara Merdeka, banjir di Taman Sri Muda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button