Ekonomi

RHB Islamic dan Pernas tawar RM1 juta perkasa segmen B40 melalui BEST-BYOB 2024

RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) semalam telah melancarkan inisiatif B40 Empowerment Strategy-Be Your Own Boss (BEST- BYOB) 2024 yang ditambah baik dengan penyediaan dana modal perniagaan berjumlah RM1 juta untuk memperkasakan sehingga 100 individu dari kalangan asnaf dan B40 bagi membantu meningkatkan keupayaan kewangan mereka dengan menjadi usahawan perniagaan pra-francais.

BEST-BYOB 2024 ialah sebuah program keusahawanan yang komprehensif dan kompetitif yang merangkumi aspek latihan perniagaan yang berstruktur, peluang “business matching” atau padanan perniagaan, bimbingan serta pemberian modal perniagaan. Para peserta yang berjaya menamatkan latihan perniagaan di bawah Program BEST-BYOB 2024 akan dipadankan dengan pra-francaisor dan seterusnya diberi bimbingan perniagaan dalam tempoh enam bulan pertama perniagaan mereka beroperasi.

Inisiatif BEST-BYOB 2024 telah dilancarkan oleh Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), dan disaksikan oleh rakan-rakan pra-francaisor.

“Pada tahun lepas, program BEST-BYOB 2023 telah berjaya meningkatkan taraf hidup sebahagian besar daripada kalangan peserta yang asalnya datang daripada golongan asnaf dan B40 dan kini telah mampu menjana pendapatan yang mampan sekaligus meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka. Bertitik tolak daripada kejayaan tahun lepas, kami ingin mengembangkan lagi usaha ini untuk memperkasakan sehingga 100 usahawan mikro pada tahun ini,” kata Datuk Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Datuk Haji Mohd Sidek berkata, hasil daripada inisiatif BEST-BYOB 2023, seramai 28 peserta Program BEST-BYOB 2023 telah berjaya menjadi usahawan pra-francais melalui inisiatif “Business In Transformation” (BIT) oleh Pernas, di mana mereka menjana pendapatan awal di antara RM1,500 sehingga RM30,000. Komitmen Pernas untuk mempromosikan keusahawanan di Malaysia akan diteruskan di mana Pernas bakal memperkenalkan lebih banyak lagi program keusahawanan pada tahun hadapan.

Inisiatif BEST-BYOB 2024 telah dilancarkan oleh Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (“KUSKOP”), dan disaksikan oleh rakan-rakan pra-francaisor.

Encik Mazlan bin Ibrahim, Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Francais, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

“Pelaksanaan program BEST BYOB adalah selaras dengan Pelan Strategik KUSKOP 2023 iaitu menyediakan ekosistem yang kondusif, meningkatkan daya tahan dan daya saing usahawan, serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan,” kata Ewon.

“Program hari ini adalah selari dengan misi KUSKOP untuk menyediakan platform, perkhidmatan sokongan, bantuan, dan pembangunan kapasiti keusahawanan. Kami berharap agar program ini dapat memupuk masyarakat untuk menerapkan nilai keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya,” tambah Ewon.

Peserta program BEST-BYOB 2024 yang layak akan dipadankan dengan jenama pra-francais di bawah inisiatif BIT oleh Pernas, seperti Mekeria, Monti Keopi, Kuhot dan Goreng Pisang Crispy. Pernas juga akan membantu pemilik jenama pra-francais BIT serta para peserta dari kalangan asnaf dan B40 untuk memanfaatkan Pakej RHB e-Penyelesaian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh RHB Islamic yang menawarkan kemudahan fasiliti perbankan internet dan akaun perniagaan yang komprehensif.

Datuk Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad turut menyampaikan ucapan di majlis perasmian inisiatif BEST-BYOB 2024.

“Program BEST-BYOB 2024 adalah sejajar dengan ekosistem RHB Harmoni dan mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan impak ekonomi yang positif dan mampan serta dalam masa yang sama melaksanakan prinsip kewangan sosial Islam. Ia juga merupakan manifestasi sokongan kami terhadap agenda Bank Negara Malaysia di bawah Teras Strategik 2 Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026, iaitu penekanan terhadap peningkatan kesejahteraan kewangan untuk isi rumah dan perniagaan. Program ini juga merupakan sebuah inisiatif di bawah iTEKAD Bank Negara Malaysia, yang menggerakkan instrumen kewangan sosial seperti zakat, wakaf, dan sadaqah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ke arah meningkatkan tahap kewangan mereka.

Majlis perasmian inisiatif BEST-BYOB 2024 dihadiri dan disaksikan oleh rakan-rakan pra-francaisor di bawah inisiatif Business In Transformation (BIT) oleh Pernas.

Pada tahun ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa RHB Islamic bersama Pernas, secara kolektif akan memperuntukkan RM1 juta sebagai bantuan modal perniagaan untuk program ini. Usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk mengintegrasikan kewangan sosial Islam sebagai institusi perbankan Islam yang bertanggungjawab melalui pelaksanaan inisiatif yang berimpak positif,” kata Adissadikin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program BEST-BYOB 2024, sila layari http://www.rhbgroup.com/g/byob. – SM

Artikel berkaitan > Pernas, Bubbles O2 promosi industri francais sempena Petronas LTdL 2023

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button