Hiburan

Resort Aliff Syukri dikecam ada lipas, Abby Abadi anggap perkara biasa

BARU-baru ini tular mengenai perkongsian pengalaman buruk seorang pengunjung ke resort milik Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ di Janda Baik, Pahang.

Dalam perkongsian itu, pengunjung itu menyifatkan kakitangan di resort itu tidak mesra pengunjung dan kotor.

Malah, pengunjung itu juga sempat memuatnaik videonya terjumpa lipas di dalam satu peti ais di bilik tempatnya menginap.

BACA> Selepas Fendy Bakri, Nabila Razali kini pilih MK K-Clique

Aliff bagaimanapun tidak boleh menerima kritikan buruk itu dan meminta supaya pengunjung tersebut menarik balik status dan video di laman sosial atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Aliff juga sebelum itu memuatnaik video yang tersebut yang memaparkan anak-anak pengunjung itu berlari-lari di ruangan lobi sebagai tindakan balas terhadap kritikan yang diberikan kepadanya.

Namun, disebalik komen negatif yang dilemparkan netizen susulan pengalaman buruk pengunjung itu, pelakon, Abby Abadi turut meninggalkan komen ‘back up’ terhadap rakannya itu.

“Kami pun selalu ‘check in’ hotel sana sini dan kalau ada yang tidak kena, kami terus beritahu pada pihak pengurusan.

“Kadang-kadang dapat bilik yang siapa ada anak-anai. Duduk juga sebab tidak ada pilihan lain. Tiada pula kami beri komen hingga nak menjatuhkan perniagaan orang lain,” katanya.

BACA> Abang ‘durjana’ tergamak perkosa adik sendiri

Abby bagaimana turut memberitahu yang tindakannya itu tidak bermaksud dia menyebelahi mana-mana pihak dan hanya berkongsikan pengalamannya sebelum ini. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button